sound

Tuesday, 9 October 2012

MIMPIKU..





Dua hari lepas aku ada mimpi.. Mimpikan seorang baby yang sangat sempurna dan comel. Dan naluri aku kuat menyatakan bahawa..
Itu adalah anak aku..
Subhanallah.. 
Adakah itu satu petunjuk atau hanya mainan syaitan?
Ya ALLAH...apakah semua ini? Sejak aku didatangi mimpi tu,aku selalu di'hantui' dengan muka baby tu. 
Setiap kali aku pandang baby lain..mesti aku ingatkan baby dalam mimpi tu.
Apa yang membuatku keliru..mukanya...
Iras dengan "si dia".. Dan "si dia" turut ada dalam mimpi itu.
Ahhh...kusut...

Tak apa.. Aku yakin yang itu hanya mainan syaitan. 
Yana...it was just a DREAM..not more than that..!!
WAKE UP!!!


Saturday, 22 September 2012

AYAM MASAK PAPRIK

ASSALAMUALAIKUM..
OHOOOHOIIII....
Ingat nak masak Ayam Masak Palembang hari niey..sejak semalam lagi dah berangan..tapi bahan pulak x berapa nak cukup. Aku memang pantang kalau bahan2 nak masak ada yang x cukup..terus merudum semangat aku..hehe.. Perangai,buruk betul.. 
Sedang senang-lenang stalk blog orang lain..tiba2 teringin nak masak Ayam Paprik. Sooo...dengan senang hatinya aku ke dapur,masak..
Yummy..!!





BAHAN2:
  1. ayam (aku ambik bhg isi)
  2. cili kering (blend)
  3. bawang merah (blend)
  4. bawang putih (blend)
  5. bawang besar (dipotong wedges)
  6. serai (dititik)
  7. daun limau purut (dicarik)
  8. halia (dihiris nipis)
  9. carrot
  10. bunga kobis
  11. kacang panjang/kacang buncis
  12. tomato
  13. sos cili
  14. sos tomato
  15. sos tiram
  16. kicap manis
  17. daun bawang (optional-aku x letak pown)
  18. garam
  19. gula
  20. MSG (optional)


CARA2:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yanag telah di'blend'.
  2. Masukkan serai,daun limau purut & halia. 
  3. Setelah garing,masukkan ayam yang telah digoreng sebentar (half cook)
  4. Masukkan sos cili,tomato,tiram & kicap manis.
  5. Masukkan garam,gula & MSG.
  6. Masukkan semua sayur kecuali tomato.
  7. Tunggu sehingga masak.
  8. Akhir sekali masukkan tomato & daun bawang.
  9. Sedia dihidang. 


SIAP!!








Thursday, 9 August 2012

"MY FAMILY"


Inilah keluarga aku.



Gambar nie diambil masa konvo abang ngah aku..
Eerrrr..bila erk?
Lupa sudaa..
Last two months..maybe.
Malang sejuta kali malang..aku TAK ada time nie.
Ohh My...arhhh!!!
(sedih tahap cipan)
Time nie aku ada exam..sooo..tak dapat lah aku nak mencelah.
Potong line betul lah exam nie. Saja jee kan,nak buat aku sedih (kunonS)..keh keh keh...
No biggie..tapi agak lah sedih jugak.
Semua family aku ada..KECUALI aku..
Hurhhh.....!!!

NAK AMBIK GAMBOR GAK!!!
hahahaha....ngada2 lah kau nie Yana..

BTW...I really love them..damn much..





Wednesday, 8 August 2012

KERABU AYAM ala-ala best gituu..

Ini resepi aku dapat ilham(kununs..haha) masa mak aku dah kering idea,tak tahu nak masak apa. Dua hari sebelum ramadhan tuu..hehe.. Aku pun tetiba rasa nak makan this kerabu. Sooo..apa lagi,aku pun berlari ke dapur,sediakan bahan-bahan then taraaaa....SIAP.. You know what,my mom and dad..puji habiSS kerabu yg I buat nie..(simple jee kot)
Sorry..no picture. tak sempat nak ambik gambar.


BAHAN2:

1> Ayam yang telah direbus lalu dicarik2kan (bhg dada shj)
2> Kacang panjang dihiris nipis
3> Taugeh dicelur seketika
4> Kerisik
5> Bawang merah (dbahagi 2 bhg. 1 ditumbuk,1 dihiris nipis)
6> Cili merah (dihiris nipis)

7> Santan (kalau nak,susu pun boleh)
8> Serai (ditumbuk dgn bawang)
9> Halia sedikit shj (ditumbuk dgn bawang & serai)

10> Ikan rebus (ditumbuk dgn bahan2 lain)
11> Jus limau nipis
12> Gula melaka yg dikisar (ganti gula pasir)
13> Garam
14> MSG (optional)



CARA2:

1~ Masukkan bahan2 yg ditumbuk dlm bekas besar.
2~ Masukkan jus limau nipis,kerisik,gula melaka,garam,MSG,santan dan cili merah.
3~ Kacau hingga sebati.
4~ Masukkan semua bahan yang lain. Kacau.
5~ Siap. Sedia dihidang.



SIMPLE AND DELICIOUS

Sunday, 5 August 2012

EDISI..agak gatai~

 sweet laaa...alololo..


Assalamualaikum.. (kepada diri sendiri sebab tau tak ada yang nak baca) =P

Entry kali ini pasal...perkahwinan. Yeap..that's why aku kata 'agak gatai'..keh keh keh..
Okey. Ermm..agak-agak korang laa kan,korang dah bersedia ke agaknya nak melangkah ke dunia baru ni?
Tanggungjawab besar gedabak tuuu. Tak tertanggung rasanya. Nak jaga hati suami,mentua,ipar-duai and soooo on..tu belum ada anak. Kalau dah beranak-pinak nanti..hahhhh..bertambah-tambah kerja.
Aku agak pelik dengan budak yang umur yang baru setahun jagung dah kahwin. Alahhh..korang tau kan budak mana yang aku maksudkan.. Pemes budak tuu..berlambak di YouTube video diorang. KLIK SINI kalau korang nak tengok. Cara jalan pun masih canggung lagi. Haishhh...dunia sekarang,macam-macam boleh jadi. Ohh My English. (ehh,tetiba pulak)

Entah sampai mana aku dah melalut.
Oh yaa..kalau ada yang tanya aku,sama ada aku dah bersedia atau tak untuk melangkah ke dunia baru..jawapan aku ialahhhhhh~~~
jeng jeng jeng..hahaha...
DAH BERSEDIA.
Bersedia maksud aku adalah bersedia dari segi..errr...semualah.
Tapi segi kewangan tu taklaa..aku pun makan minum mak ayah tanggung lagi.
Tapi,jujur aku kata yang aku memang dah bersedia. Aku tak gatal atau gedik atau yang sama waktu dengannya okey. Ikhlas dari sudut hati kecilku.
Tapi agak malang laa..tak ada calon lagi..hahaha... (tak ada yang nak. perhhh..)
Mana ada malang. ALLAH dah tetapkan jodoh kita..betul tak?
Percayalah..
Soooo....Tungguuuuu...hahahahaaaa..

Okey..tu aja yang aku nak melalut kali ini. Letih laa nak menaip bagai.
Next entry aku nak letak resepi pulak. Tengah berlegar-legar di kepala hotak aku ni..nak pilih resepi yang mana.
Cauww cincau..

Friday, 3 August 2012

Kurniaan MAHA PENCIPTA

Kenal pelangi tak?
Mestilah kenal..kan?
Cantik.. Ciptaan ALLAH,semuanya cantik..
Tak dapat dinafikan.
Pelangi
 akan muncul bila agaknya yea?




Kadang-kadang terbit rasa marah di hati kita kan..
Kenapalah agaknya hujan di petang hari.

Semua plan yang kita rancang..terpaksa dibatalkan.
Tapi kita tak sedar yang semua tu dalam perancangan ALLAH.
Rupa-rupanya ALLAH nak bagi kita pelangi..
Satu kurniaan yang begitu indah.
Macam tu juga dalam kehidupan kita.
Tersungkur kita pada mulanya..(ibarat hujan)
Rupa-rupanya akan diganti dengan sesuatu yang indah..(ibarat pelangi)

Ermm..boleh juga diaplikasikan dalam soal cinta..hehe..
Kecewa bagai nak rak bila cinta kecundang.
Macam dah tak ada insan lain yang boleh dicintai.
Ingatlah duhai adik,kakak,abang dan sesiapa sahaja..kecundangnya cinta tak bererti berakhirnya dunia.
Usah bersedih. Usah menangis. Usah meratapi semua itu.
Mungkin dia bukan jodoh kita.
Yakinlah,ALLAH akan kurniakan orang yang lebih baik kepada kita kelak.
Tapi..wajiblah ikut cara Islam.
INGAT!! 

Tapi..bukan soal cinta aje..
Semuanya terbabit.
Pelajaran...contohnya.

Kita jangan tengok kegagalan yang dihadapi sekarang.
ALLAH jadikan ini semua sebab DIA nak uji kita.
Dan..DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.
Tersungkur kali ke-9..bangun untuk kali yang ke-10.
Jangan berputus asa.
ALLAH sentiasa ada untuk kita.

Macam mana?
Sama tak seperti pelangi dan hujan?
Walaupun mungkin ada yang kata tak sama..tapi,aku tetap dengan pendirianku..

p/s:
(mungkin agak lari sikit..ntah apa yang aku melalut)

Wednesday, 11 July 2012

ayam bakar...yummy!!


AYAM BAKAR

1>Ayam
2>Halia
3>Serai
4>Kunyit
5>Bawang Putih
6>Bawang Merah
7>Gula Pasir
8>Gula Melaka
9>Garam

CARA2:
~ semua bahan dikisar kecuali ayam.
~ perap ayam dgn bahan y sudah dikisar selama beberapa jam. Lagi 
  lama,lagi sedap.
~ bakar. masa tengah bakar tu..boleh renjis2 minyak dgn serai yg dititik

  yg telah disebatikan dgn bawang putih dan halia.
~ sedia dihidang.







P/S: sesuai dimakan dgn nasi kerabu. yummy...

Wednesday, 27 June 2012

KARI AYAM SPECIAL


KARI AYAM SPECIAL

1>ayam
2>minyak
3>bunga lawang
4>bunga cengkih
5>kulit kayu manis
6>daun kari
7>bawang merah(dimayam)
8>bawang putih(dimayam)
9>halia(dimayam)
10>santan
11>serbuk kari(dibancuh)
12>carrot
13>ubi kentang
14>terung
15>asam gelugor
16>garam
17>gula
18>MSG

1~ tumiskan barang nombor 3,4,5 dan 6 hingga naik bau.
2~ masukkan 7,8 dan 9 hingga kekuning-kuningan.
3~ masukkan serbuk kari yg telah dibancuh. Biarkan ia masak.
4~ masukkan ayam. Biarkan ia setengah masak dan jangan lupa letak asam gelugor.
5~ masukkan ubi kentang.
6~ masukkan santan.
7~ masukkan carrot dan terung.
8~ masukkan MSG,garam dan gula secukup rasa.
9~ setelah masak..sedia dihidang.

P/S:
pandai2 laaa nak ambik banyak mana masa pown antara 1 step ke step yg lain.
penat nak taip seyhh...

Friday, 22 June 2012

SAMBAL SOTONG UMPHH!!


SAMBAL SOTONG UMPHH!!


BAHAN2:

1>Sotong
2>Cili giling/cili boh
3>Sos cili
4>Lada kering (dikisar lumat)
5>Bawang besar (dipotong wedges & sediakan utk dikisar)
6>Bawang putih (dikisar)
7>Bawang merah (dikisar)
8>Sos tiram
9>Sedikit belacan (utk menaikkan bau)
10>Sedikit kicap (utk menyerlahkan warna sambal)
11>Sedikit halia (diketuk/dikisar)

CARA2:

Tumiskan bahan2 yg telah dikisar,halia & cili boh/cili giling sehingga garing. Masukkan sos tiram,sos cili,kicap & belacan. Tunggu hingga betul2 naik bau barulah masukkan sotong. Kacau di atas api yg sederhana sampailah sotong itu lembut.
SIAP..SEDIA UNTUK DIHIDANG..

Thursday, 21 June 2012

NASI AYAM DAA BOMB!!


NASI AYAM DAA BOMB!!

Nasi ayam niey ak punyer resepi. Ak buat masa ak form5. Saje suka2 sebab ak mmg minat giler kat nasi ayam niey. Tak sangka pulak laaa menjadi.. haha..nikmatnyer hidup.. (>.<)

NASI

1>Stock ayam yg direbus dgn halia & bawang merah
2>Halia diketuk
3>Bawang putih diketuk(sedikit)
4>Margerin
4>Garam
5>Daun pandan(disimpul)
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan tunggu hingga masak...



SUP

1>Lebihan stock ayam
2>Ayam(diambil bahagian tulang)
3>Sup bunjut adabi
4>Halia(diketuk)
5>Bawang putih(diketuk)
6>Kiub pati ayam
7>Bawang besar dihiris wedges
Masukkan bahan 1 hingga 6 di atas ke dalam periuk dan diletakkan di atas api yg sederhana. Tunggu hingga menggelegak barulah masukkan bahan 7.. setelah itu,tutup api. Siap..



AYAM

1>Ayam yg telah direbus utk mendapatkan stock tadi
2>Kicap pekat
3>Kicap manis
4>Garam
5>Gula
6>Sos tiram
7>Sos cili
8>Halia ditumbuk
9>Bawang putih ditumbuk
Perap ayam dengan semua bahan di atas selama beberapa minit.. kalau perap lagi lama...lagi sedap..
p/s:LEBIHAN AIR PERAPAN JGN DIBUANG.



SOS KICAP

1>Lebihan air perapan ayam
2>Kicap manis
3>Sos tiram
4>Gula
5>Garam
6>Sedikit air
Masukkan semua bahan ke dalam periuk & biarkan hingga mendidih. Gunakan api yg perlahan supaya tidak pahit.



SOS CILI

1>Cili besar
2>Bawang putih(seulas)
3>Cuka
4>Tomato
5>Garam
6>Gula
7>MSG
Kisarkan semua bahan di atas hingga betul2 lumat. Dah siap..



HIASAN

1>Daun salad
2>Tomato
3>Timun

Friday, 15 June 2012

IKAN SINGGANG ALA KELANTAN


  IKAN SINGGANG ALA KELANTAN

1)  Ikan tongkol
2) bawang putih (diketuk)
3) Lada besar (dipotong dua)
4) Lengkuas (dihiris nipis)
5) Asam keeping/asam gelugor
6) Air
7)  Garam
8) Gula
9) MSG

p/s:Masukkan bendi..lagi sedap. 

     >>>>Sedikit budu-jika ada<<<<







Masukkan semua barang ke dalam periuk dan letakkan di atas api yang sederhana..tunggu hingga masak..sedia dihidang..

DONE...SIMPLE AND DELICIOUS~~

Wednesday, 6 June 2012

SAYUR LADA


ini resepi warisan family aku... best tau...




SAYUR LADA


1-Pucuk ubi (dibuang tangkai & dihiris)
2-lada hijau besar (dihiris memanjang lalu celur selama 5 mint)
3-ikan rebus
4-bawang merah
5-bawang putih (sedikit shj)
6-garam
7-gula
8-MSG


BAHAN 3,4,5 DITUMBUK BERSAMA HINGGA LUMAT


CARA2 MEMASAK:
1-masukkan santan,lada y telah dicelur,pucuk ubi & bahan y ditumbuk ke dlm periuk
2-masakkan di ats api y sederhana
3-masukkan garam,gula & MSG secukup rasa
4-tunggu hingga mendidih dan naik bau
5-sedia dihidang

p/s;
BEST BILA DIMAKAN DENGAN IKAN KERING...


Sunday, 27 May 2012

impian YANA OTHMAN...

Kalau orang tanya apa impian aku buat masa niey.....
ermmmm....

heheheeeee.....
maluuuu....

(walaupon x dew yang nak baca blog aku..hahah.. malu kat diri sendirik)







1- NAK BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT (penting)
2- NAK SUAMI YANG BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA & AGAK LOADED (gatai naaa..)
3- NAK TUNAIKAN HAJI DGN PARENTS
4- NAK CANON DSLR...!!!!!!!!!! (tahun depan boleh tak agak2nyer?)
5- NAK GALAXY NOTE...!!!!! (tahun depan gak..angan2 laaa gamaknyer....)
6- NAK PUNYAI RUMAH YANG ADA BANYAK SLIDING DOOR (kena carik hubby dato' laa) 
7- NAK ANAK2 YANG SOLEH & SOLEHAH (inshaALLAH)

Sunday, 15 April 2012

usah

Usah...
Kau persoalkan
Mengapa dan bila.
Kerana...
Aku juga
tiada jawapannya.
Kuharap kau mengerti. 

Thursday, 12 April 2012

SATUKANLAH...

YA ALLAH..
jika dia adalah jodohku dunia dan akhirat,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku agar menjadi satu.


YA ALLAH..
jika dia ditakdirkan untuk menjadi imanku dunia dan akhirat,
berkatilah perjalanan hidup kami selamanya.


YA ALLAH..
jika dia ditakdirkan untuk menjadi pendampingku dunia dan akhirat.
siramilah hatinya dengan keikhlasan dalam menerimaku seadanya.


YA ALLAH..
seandainya dia adalah ayah kepada bakal anak-anakku,
cucurilah rahmat-MU dalam setiap langkahnya.


YA ALLAH..
jika dia bukanlah jodohku,
imanku,
pendampingku,
dan ayah kepada bakal anak-anakku..
limpahilah kekuatan dan kesabaran untukku dalam menempuh segalanya.
aku mohon pada-MU YA ALLAH...




Monday, 2 April 2012

OK...2 hari lepas abah aku beli ikan siakap. then dia suruh aku masak 3 rasa. dengan confident aku pun masaklah.. perhhhhh..terangkat beb..best tau.. bukan nak puji diri sendiri tapi memang kenyataan. sedap....!!!
nak tau tak apa resepi? hehehe...


-ikan siakap
-bawang putih
-bawang besar
-bawang merah
-halia
-tomato
-daun limau purut
-bunga kantan
-nenas
-sos tomato
-sos cili
-sos tiram
-kicap
-kiub pati ayam


korang pandai2 laaa masukkan yang mana 1 dulu yea...
ikan 2 sebelum goreng lumurkan dengan tepung jagung & garam dulu..