sound

Monday, 23 December 2013

MISS MY PARENTS DAMN MUCH !!




Assalamualaikum. Entry kali ni aku nak cerita pasal betapa aku rindukan ma & abah. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku rindu mereka. Sangat2.

Kalau dulu...asyik tahu nak melawan cakap je. Asyik nak bermasam muka je. Sentap tak habis2 aku ni hah. Ada aja yang tak kena pada pandangan aku. Rasa macam tak sayang parents pon ada. Ya Allah...jahatnya aku. Ampuni aku. Betullah orang kata. Tak pernah nak hargai orang yang kat depan mata. Hurmmm...

But now..i regret. I really miss them so damn much. I wanna hug them. I wanna tell them that i really love them.



Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Kau haramkanlah api neraka daripada menyentuh tubuh kedua ibu bapaku. Kau rahmatilah kedua ibu bapaku. Kau panjangkan umur kedua ibu bapaku agar aku sempat membalas jasa mereka. Kau suburkanlah kasih sayang dalam diri mereka. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka. 

Miss you ma. Miss you abah. Love you both.

Sunday, 28 July 2013

IKAN SIAKAP STIM KASTURI



Entry kali ni pasal juadah berbuka tadi.. Kebetulan kawan Ma aku bagi ikan siakap. Terus teringat nak masak stim sebab dah lama tak makan. Aku masak main campak2 je. Senang. Tapi walaupun campak2..bahan2 WAJIB cukup lengkap. Kalau tak merudum terus keghairahan aku nak masak..haha.. 

Seronok sangat tengok abah aku makan..siap hirup lagi kuahnya. Sengaja aku lebihkan air masa kukus supaya boleh dijadikan kuah. Almaklumlah..abah aku pantang benar kalau tak ada kuah. Abah & Ma aku puji..katanya sedap. Yeehaaa~ kembang semangkuk hati aku ni hah..
Ini dia...aku bagi resepinya.


BAHAN2:

1>ikan siakap (dikelar)
2>sos tiram (utk perapan)
3>jus limau nipis (1 biji..utk perapan)
4> jus limau kasturi (nak masam perbanyakkan)
5>tomato (potong wedges)
6>bawang holland (potong bulat)
7>bawang merah (potong bulat)
8>halia (dimayang kasar-lagi banyak lagi sedap)
9>serai (dihiris-lagi banyak lagi sedap)
10>bawang putih (dimayang nipis2)
11>daun limau purut
12>daun sup (dipotong panjang)
13>daun sup (dipotong panjang)
14>daun ketumbar (dipotong panjang)
15>air (suka berkuah boleh lebihkan)
16>minyak masak (utk goreng bawang & halia)
17>garam
18>gula
19>MSG (optional)

CARA2:

1>bersihkan ikan..toskan & kelar.
2>perap ikan dengan sos tiram,jus limau nipis & garam selama 10 – 15 minit.
3>masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai (aku guna loyang je).
4>masukkan air,serai & daun limau purut.
5>masukkan separuh drpd halia & bawang putih yang nak digunakan (separuh lagi nak goreng)
6>masukkan garam,gula & MSG secukup rasa.
7>masukkan ke dalam pengukus (nak guna kuali pun okey). Kukus sampai separuh masak.
8>gorengkan bawang putih & halia yang selebihnya hingga keperangan.
9>taburkan bahan gorengan ke atas ikan (sekali dengan minyak-jika suka)
10>masukkan tomato,daun bawang,daun sup & daun ketumbar.
11>agak2 dah nak masak tu,barulah tuangkan jus limau kasturi.
12>biarkan seketika barulah dihidangkan.









Tuesday, 2 July 2013

rasa HATIku

Aku hanya mampu mencipta angan2.
Aku tak mampu mencapainya.
Sungguh pahit..!!
Tapi itulah hakikat sebenar kehidupanku.
Hakikat yang harus aku tempuhi.
Aku tidak pernah meminta.
Aku tidak pernah menduga.


Terkadang aku turut membenci diri ini.
Tertanya2 mengapa nasibku begini.
Seperti insan yang tiada iman.
Sungguh aku berdosa.


Aku turut ingin merasakan itu semua.
Apakah aku selamanya tidak layak untuk merasakan itu semua??
Apakah aku akan selamanya begini??


Aku...
Seorang insan yang tidak sempurna.
Seorang insan yang tiada apa.
Aku hanya aku..
Hanya tahu menunggu..
dan terus menunggu sesuatu yang tidak pasti.




                                                                                                                  Nukilan rasa hati:
                                                                                                              Ellieyana Othman_2433

Tuesday, 9 April 2013

Garlic Bread_Scramble Egg_Sosej 4 lunch




Assalamualaikum..

Ehem2..entry kali ni nak share pasal makanan pulak. Apa yang aku share ni adalah lunch aku semalam. Teramatlah simple. Aku rasa anak saudara aku yang darjah 3 pun boleh buat kot..haha..

Nak tahu tak  apa yang aku makan tu?
Jeng..jeng..jeng..





Aku tak tahu nak panggil apa. ‘Mix food’ boleh tak? Ahh..apa2 jelah. Asal dapat masuk mulut. Ada scramble egg,yang aku tambah sosej. Ada sosej(beli yang dah siap). Dan ada jugak garlic bread. Kalau ada daun salad & tomato lagi sedap. Tambah pulak mayonis. Fuhh.. Kat rumah aku ni jarang ada stok macam tu yang ala2 western sikit. Yummy..kenyang aku. Alhamdulillah..

Hurmm..mesti korang dah tahu kan,cara2 nak buat macam mana. Almaklumlah..senang yang amat. Tapi aku nak bagitau jugak. Saja..untuk masa hadapan..hehe..


SCRAMBLE EGG:
1>Telur
2>Susu segar (aku guna susu sejat)
3>Sosej dipotong kecik2
4>Garam
5>Black pepper
6>Gula (aku tak letak pun)
7>Bawang merah potong dadu
8>Butter

Caranya: First,pukul telur sampai kembang. Selepas tu masukkan semua bahan ke dalam telur tu kecuali butter,kacau hingga sebati. Then masak laa guna butter tu. Masa cairkan butter dalam pan tu,api kena kecikkan kalau tak hangus laa jawabnya. Masak telur tu jangan sampai kering sangat. Sedang2 aja. Biar nampak basah2 sikit.


GARLIC BREAD:
1>Roti perancis (aku guna Gardenia je)
2>Bawang putih
3>Garam
4>Gula
5>Black pepper
6>Butter (aku guna Daisy)

Caranya: First,tumbuk bawang putih & black pepper hingga hancur berkecai. Masukkannya dalam mangkuk beserta beberapa sudu butter. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga sebati. Sapukan adunan yang telah siap ke atas roti. Lepas tu..masukkan dalam ketuhar. Agak2 dah masak tu,boleh laa dihidang. Tapi bagi aku,aku suka masak garlic bread ni kat atas grilling pan sebab aku suka garlic bred yang ahngus sikit. Rasanya pun lagi sedap & cantik. Bagi aku laa. Ikut suka hati nak buat macam mana pun,asalkan menjadi.

Done!! Nampak western (laa sangat) kan? Haha..sekali sekala apa salahnya tukar menu. Aku rasa budak2 pun suka makanan macam ni. Hias kasi cantik. Tentu diorang teruja. Aku yang dah berumur 20 tahun ni pun teruja nak makan,inikan pulak anak2.
Okey..sampai di sini saja. Annyong..


silakan..

Tuesday, 2 April 2013

my lovely NEPHEWs






Tiba2 terasa rindu pulak dengan anak2 saudaraku. Padahal baru aje diorang balik sini cuti sekolah hari tu. Hurmm... Rindu nak gaduh2 manja dengan diorang. Masa diorang ada kat sini,setiap kali aku lepas solat..mesti yang kecik tu masuk bilik aku. Then letak kepala atas riba aku,cakap itu ini tak henti2. Macam bertih jagung. Umur baru 5 tahun tapi bercakap macam laa dia tu dah dewasa. Agak choosy & cerewet. Macam mak2 datin pulak. Macam manalah nanti nak cari teman hidup. (amboiii..sampai ke situ pulak dah)

Yang sulung pulak,bila aku tanya dah solat ke belum..dia tanya aku balik. Ada satu hari tu dia tanya kenapa aku tak solat. Aku jawab aku dapat cuti. Then ditanyanya aku balik..boleh tak dia pun nak cuti. Tergelak sakan aku. Sifat inkuiri dia betul2 tinggi walaupun umur baru nak menjangkau 9 tahun. Asyik tanya itu ini. Lagi satu,yang sulung ni walaupun masih kecik tapi caring.

Aduhaiii...hero2 kecik aku ni. Macam2 ragam. Macam2 perangai. Pening kepala aku nak melayan. Kadang2 membara jugak hati ni. Nasib baik dapat sabar.
Bila cakap aku tak nak kawan & merajuk dengan mereka..terus diciumnya pipi aku. Konon2nya nak pujuk. Hehehe...like it darl..
Selalu aku tanya,“Abang & adik sayang che su tak?”
Jawab mereka,“Sayang.....”
Kembang setaman hati aku ni. Aduhhh...

Kadang2 terfikir jugak,kalaulah ditakdirkan aku dikurniakan seorang lagi anak saudara (anak abang ngah aku mungkin)..adakah kasih sayang yang aku beri akan sama rata?
Aiyoyooo....tak ada jawapan lahhhh...

Bila aku tengok anak2 muda zaman sekarang yang rosak akhlaknya,aku terfikirkan anak2 saudaraku. Aku tak mahu mereka terjebak dengan perkara2 yang tak bermoral. Aku harap sangat2,Allah lindungi mereka. Jadikan mereka anak2 yang soleh. Jadikan mereka manusia yang berguna kepada agama dan keluarga.
Kadang2 kerisauan aku melebihi batas. Macamlah mereka itu anak2 aku sendiri. Padahal mereka ada ibu bapa sendiri. Entahlah..aku pun tak faham diri aku. Naluri keibuan kot.. Haishhh...

Abang Haikal..Adik Aiman..ketahuilah bahawa ibu saudara kalian ini amat2 menyayangi kalian. Jadilah manusia yang berguna.
Love you both sayang. 

                     ~Muhammad Afif Haikal & Muhammad Aiman Khalif~



Abang & Adik

            


Monday, 18 March 2013

fahaminya!!!




Naik semak aku dengan manusia yang tak faham apa2 tentang politik tapi berlagak faham. Helloooo...kalau kau tak faham tu,buat laa cara tak faham. Ini tak,mengata itu mengata ini..komen itu komen ini. Macam kau tu betul. Kau memang pandai..soal pelajaran,kau memang lebih..tapi bila soal politik,kau jahil. Study..study jugak..benda macam ni pun penting. Kita memang berkawan..tapi fahaman politik kita berbeza..jangan kau sesekali persoalkannya sebab aku tak pernah persoalkan kau punya fahaman politik.. Tolong laa buka mata kau tu..lihat di sekeliling kau..lihat apa yang berlaku. InshaALLAH kau akan faham seperti mana aku faham.


OKEY?????

Tuesday, 12 March 2013

ALHAMDULILLAH


Last week,kediaman aku (Teratak Tok Raja Pulau Belachan) dijadikan medan ceramah. So,my mom decide nak masak nasi dagang untuk jamu para tetamu yang datang. Dijangka 50 orang yang datang. (hakikatnya lebih daripada 50 orang)

Malam sebelum ceramah tu aku dengan ma aku pun berkelentang-kelentung laa di dapur tanpa sesiapa pun tolong. Punya laa semangat aku nak masak. Tugas aku..masak kari ikan dan sambal untuk nasi dagang. Ma aku pulak just kukus nasi dagang. So..maknanya kari dan sambal aku laa yang menjadikan nasi dagang tu sedap atau tak. Punya laa aku takut. Ya laa kan,takut tak jadi,mati gue.. Tawakkal~


Hari penentuannya telah pun tiba~~
Jeng...jeng...jeng...


Tetamu; Alohh..sedak molek nasi dage. (sedap betul nasi dagang)
My Mom; Anok tino ambo laa hok buaknyo. (anak perempuan saya yang buat)
Tetamu; Ohh..pandanyo dio masok. (pandainya dia masak)

Aku pulak,tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu woo~ Ramai yang puji..hahaha. Ada yang bergurau,cakap nak menuntut. Bangga kejap.. Astaghfirullahalazim.. Haishhh~ Actually this is not my first time,masak-masak untuk dijamu kepada tetamu. Cuma first time masak untuk dijamu kepada ramai tetamu macam ni. Alhamdulillah..segala penat lelah aku selama sehari berbaloi. (sehari je pun)

Tetamu yang last balik adalah wife penghulu kampung ni. Dia kata,aku memang dah boleh jadi muslimah sejati dah..hahaha.. Siap suruh aku kahwin dengan orang kampung ni jugak,tak payah nak duduk jauh-jauh..boleh jadi pemimpin kaum wanita kat sini..katanyalah. Aduhh..malu lagi aku.

Alhamdulillah..syukur kerana aku dikurniakan bakat dalam bab masak-memasak dan kemas-mengemas..huhu.. Keturunan ke apa ni?
 
Mak cik-mak cik kat luar sana..agak-agak lulus tak saya ni jadi menantu.
HA HA HA HA....

Thursday, 28 February 2013

ANGAN2 + IMAGINASI + PENGALAMAN = NOVEL




Assalamualaikum w.b.t

Dalam aku dilanda keboringan yang maha dasyat,semalam aku ada cipta satu lagi cerita dan aku ingin novelkan. Tajuknya tak fikir lagi.
Hero-pilot
Heroin-bachelor student 
(okey tak? hahaha)
Tapi..aku tetap aku. Tak pernahnya berubah. Tak pernahnya tetap dengan pendirian.
Errr..tapi pendirian tentang benda ini sahaja..okey..hehehe..
Kalau ditolak dicampur didarab dan bahagi,semuanya ada EMPAT cerita yang kononya aku nak siapkan dan dijadikan koleksi novel. Tapi malang seribu kali malang..satu habuk pun tak ada.
Aduhaiii...bila aku nak berubah ni??

 Satu daripada empat cerita tu,yang bertajuk CINTAKU UNTUKMU,aku ambil 50% daripada pengalaman aku.  Lain-lain imaginasi dan pengharapan aku yang setinggi Gunung Kinabalu..
Aku harap sangat-sangat yang aku dapat siapkan novel aku tu. Satu daripadanya pun tak apa.

Dear,
Me..Myself and I..
Pleaseeee be nice to Ellieyana Othman.


Tuesday, 12 February 2013

Juvana



CERITA NI MEMANG LAYAK SANGAT2 DAPAT AWARD..
MEMANG HEBAT.
BOLEH MENGUNDANG DEBARAN DAN AIR MATA..

Monday, 11 February 2013

Me vs Bigbang??





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum semua..


Okey..
Entry aku kali ini pasal k-pop.
Eh eh eh...bukan sepenuhnya k-pop. Errr...maksud aku,aku hanya minat BIGBANG sahaja.
Lebih-lebih lagi Daesung. Arhhh...love him!! Disebabkan Daesung aku minat BIGBANG.
Disebabkan Family Outing aku minat Daesung.
Nampak tak rantaian tu? Hehe..macam rantai makanan pulak.
Big thanx to my lovely friend..Aqilah. Because of her I can get involved in FO's world. Hahaha..
Entah macam mana aku boleh minat pun aku tak tahu.
Aku sendiri pun terkejut jugak.
Dulu aku memang anti betul dengan k-pop. Sekarang,dah terbalik pulak.
 Tapi aku hanya minat,tak lebih daripada tu.
Maksud aku..tak ada laa aku ni obses ke apa.
Tak macam sesetengah anak muda yang terlalu tergila-gilakan k-pop,sampai tak ingat dunia..ish ish ish..
Sabor jelaa~
Antara lagu yang aku minat adalah MONSTER dan BLUE
Best tau..

BIGBANG...saranghae..! Hahahahahahaha~








cool gituu~








Thursday, 17 January 2013

Running Man..




Assalamualaikum pembuka bicara...

Ehem..ehem..
Lamanya aku tak update entry.. Nak kata sibuk tak jugak.. Adohaiii... Entah apa-apa aku ni..
Hidup aku sekarang agak boring..
Tak tahu apa nak buat. Boleh suggest something yang best tak? (hahaha..aku tanya siapa ni?)
Ohoooohoiii.... Nak tahu tak..sekarang ni..aku minat gila Running Man. Macam tak percaya. Dulu aku anti..sekarang minat pulak. Ini kawan aku punya kerja laa ni. Dia  yang bawak virus ni..hahaha..
Apa-apa pun terima kasih daun keladi yaa sebab dah bagi virus RM ni..
Terrrbaeeekkk~




RUNNING MAN the best!!!!!!!