Assalamualaikum..
Ehem2..entry kali ni nak share pasal makanan pulak. Apa
yang aku share ni adalah lunch aku semalam. Teramatlah simple. Aku rasa anak
saudara aku yang darjah 3 pun boleh buat kot..haha..
Nak tahu tak apa yang aku makan tu?
Jeng..jeng..jeng..
Aku tak tahu nak panggil apa. ‘Mix food’ boleh tak?
Ahh..apa2 jelah. Asal dapat masuk mulut. Ada scramble egg,yang aku tambah sosej.
Ada sosej(beli yang dah siap). Dan ada jugak garlic bread. Kalau ada daun salad
& tomato lagi sedap. Tambah pulak mayonis. Fuhh.. Kat rumah aku ni jarang
ada stok macam tu yang ala2 western sikit. Yummy..kenyang aku. Alhamdulillah..
Hurmm..mesti korang dah tahu kan,cara2 nak buat macam
mana. Almaklumlah..senang yang amat. Tapi aku nak bagitau jugak. Saja..untuk
masa hadapan..hehe..
SCRAMBLE EGG:
1>Telur
2>Susu segar (aku guna susu sejat)
3>Sosej dipotong kecik2
4>Garam
5>Black pepper
6>Gula (aku tak letak pun)
7>Bawang merah potong dadu
8>Butter
2>Susu segar (aku guna susu sejat)
3>Sosej dipotong kecik2
4>Garam
5>Black pepper
6>Gula (aku tak letak pun)
7>Bawang merah potong dadu
8>Butter
Caranya: First,pukul telur sampai kembang. Selepas tu
masukkan semua bahan ke dalam telur tu kecuali butter,kacau hingga sebati. Then
masak laa guna butter tu. Masa cairkan butter dalam pan tu,api kena kecikkan
kalau tak hangus laa jawabnya. Masak telur tu jangan sampai kering sangat.
Sedang2 aja. Biar nampak basah2 sikit.
GARLIC BREAD:
1>Roti perancis (aku guna Gardenia je)
2>Bawang putih
3>Garam
4>Gula
5>Black pepper
6>Butter (aku guna Daisy)
2>Bawang putih
3>Garam
4>Gula
5>Black pepper
6>Butter (aku guna Daisy)
Caranya: First,tumbuk bawang putih & black pepper
hingga hancur berkecai. Masukkannya dalam mangkuk beserta beberapa sudu butter.
Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga sebati. Sapukan adunan
yang telah siap ke atas roti. Lepas tu..masukkan dalam ketuhar. Agak2 dah masak
tu,boleh laa dihidang. Tapi bagi aku,aku suka masak garlic bread ni kat atas
grilling pan sebab aku suka garlic bred yang ahngus sikit. Rasanya pun lagi
sedap & cantik. Bagi aku laa. Ikut suka hati nak buat macam mana
pun,asalkan menjadi.
Done!! Nampak western (laa sangat) kan? Haha..sekali
sekala apa salahnya tukar menu. Aku rasa budak2 pun suka makanan macam ni. Hias
kasi cantik. Tentu diorang teruja. Aku yang dah berumur 20 tahun ni pun teruja
nak makan,inikan pulak anak2.
Okey..sampai di sini saja. Annyong..
Okey..sampai di sini saja. Annyong..
![]() |
| silakan.. |


