sound

Monday, 18 March 2013

fahaminya!!!




Naik semak aku dengan manusia yang tak faham apa2 tentang politik tapi berlagak faham. Helloooo...kalau kau tak faham tu,buat laa cara tak faham. Ini tak,mengata itu mengata ini..komen itu komen ini. Macam kau tu betul. Kau memang pandai..soal pelajaran,kau memang lebih..tapi bila soal politik,kau jahil. Study..study jugak..benda macam ni pun penting. Kita memang berkawan..tapi fahaman politik kita berbeza..jangan kau sesekali persoalkannya sebab aku tak pernah persoalkan kau punya fahaman politik.. Tolong laa buka mata kau tu..lihat di sekeliling kau..lihat apa yang berlaku. InshaALLAH kau akan faham seperti mana aku faham.


OKEY?????

Tuesday, 12 March 2013

ALHAMDULILLAH


Last week,kediaman aku (Teratak Tok Raja Pulau Belachan) dijadikan medan ceramah. So,my mom decide nak masak nasi dagang untuk jamu para tetamu yang datang. Dijangka 50 orang yang datang. (hakikatnya lebih daripada 50 orang)

Malam sebelum ceramah tu aku dengan ma aku pun berkelentang-kelentung laa di dapur tanpa sesiapa pun tolong. Punya laa semangat aku nak masak. Tugas aku..masak kari ikan dan sambal untuk nasi dagang. Ma aku pulak just kukus nasi dagang. So..maknanya kari dan sambal aku laa yang menjadikan nasi dagang tu sedap atau tak. Punya laa aku takut. Ya laa kan,takut tak jadi,mati gue.. Tawakkal~


Hari penentuannya telah pun tiba~~
Jeng...jeng...jeng...


Tetamu; Alohh..sedak molek nasi dage. (sedap betul nasi dagang)
My Mom; Anok tino ambo laa hok buaknyo. (anak perempuan saya yang buat)
Tetamu; Ohh..pandanyo dio masok. (pandainya dia masak)

Aku pulak,tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu woo~ Ramai yang puji..hahaha. Ada yang bergurau,cakap nak menuntut. Bangga kejap.. Astaghfirullahalazim.. Haishhh~ Actually this is not my first time,masak-masak untuk dijamu kepada tetamu. Cuma first time masak untuk dijamu kepada ramai tetamu macam ni. Alhamdulillah..segala penat lelah aku selama sehari berbaloi. (sehari je pun)

Tetamu yang last balik adalah wife penghulu kampung ni. Dia kata,aku memang dah boleh jadi muslimah sejati dah..hahaha.. Siap suruh aku kahwin dengan orang kampung ni jugak,tak payah nak duduk jauh-jauh..boleh jadi pemimpin kaum wanita kat sini..katanyalah. Aduhh..malu lagi aku.

Alhamdulillah..syukur kerana aku dikurniakan bakat dalam bab masak-memasak dan kemas-mengemas..huhu.. Keturunan ke apa ni?
 
Mak cik-mak cik kat luar sana..agak-agak lulus tak saya ni jadi menantu.
HA HA HA HA....